Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ‘dilantik’ Pemangku Raja mulai hari ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ‘dilantik’ Pemangku Raja mulai hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik Pemangku Raja mulai hari ini
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Iskandar Puteri, hari ini.

TMJ dilantik Pemangku Raja Johor mulai hari ini
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

 

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.

Bagaimanapun, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

Seminggu lepas, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*