Che Ta dedah rasa terkilan arwah Hamid dilayan sambil lewa di lokasi

Che Ta dedah rasa terkilan arwah Hamid dilayan sambil lewa di lokasi.

Rozita Che Wan mendedahkan dia pernah rasa terkilan dengan layanan sambil lewa produksi terhadap Allahyarham Hamid Gurkha ketika dia bekerja bersama pelawak tersohor itu suatu ketika dulu.

Che Ta dedah rasa terkilan arwah Hamid dilayan sambil lewa di lokasi
Rozita Che Wan

Enggan perkara sama berulang, pelakon yang mesra disapa Che Ta itu berkata, dia turut memarahi kru produksi terbabit agar menepati masa mengikut jadual yang diberi.

“Sebagai seorang yang menepati masa, saya berasa amat marah kerana mereka sepatutnya dah bersedia segala-galanya apabila call time (waktu penggambaran) bermula jam 7 pagi.

Che Ta dedah rasa terkilan arwah Hamid dilayan sambil lewa di lokasi
Allahyarham Hamid Gurkha

“Sedangkan Pak Hamid (panggilan untuk Hamid) datang naik motosikal dari jauh, dari Klang, untuk penggambaran di Gombak.

“Dia memandu sendiri dan sampai di lokasi tepat pada waktunya. Kasihan untuk orang tua seperti Pak Hamid dilayan begitu,” kongsinya.

Pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar itu turut memuji sikap Hamid yang tidak merungut sekali pun berdepan kerenah produksi yang lewat.

Turut baca

“Saya tengok arwah tenang saja. Dia sampai saja terus duduk malah langsung tak merungut apa-apa pun.

“Tapi kalau saya, tidak. Mungkin akan ada orang akan cakap saya seorang yang cerewet. Bagi saya, produksi boleh bagi bila-bila saja call time mereka mahukan.

“Jika beritahu call time jam 4.30 pagi pun saya boleh datang tepat masanya.

“Saya akan datang dah siap mekap dan makan. Janji, bila saya datang, kru produksi semua dah bersedia nak mulakan penggambaran,” tambahnya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis Malam Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin di Glam Hall, Kuala Lumpur semalam.

Allahyarham Hamid meninggal dunia jam 2.19 petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Jenazah Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa malam tadi selepas disolatkan di Masjid Kota Raja.

Pelakon Sepi itu berkata dia amat terkilan kerana tidak sempat menziarahi Hamid dek kekangan jadual kerja yang padat.

“Hujung bulan ni baru saya ada cuti. Dalam waktu 10 hari, hari ni (semalam) saja saya ada cuti, tapi digunakan untuk majlis meraikan hampir 10 tahun perkahwinan dengan suami.

“Majlis ni pula memang sudah lama dirancang,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*