Tular gambar ‘jem teruk’ jalan Gua Musang, anak perantau Kelantan luah kegusaran

Beberapa keping foto yang menunjukkan keadaan trafik perlahan selepas jalan utama di Gua Musang, Kelantan ditutup tular di media sosial hari ini.

Menerusi laman Facebook Kawe Anok Klate, foto terbabit menunjukkan keadaan trafik yang sesak telah berlaku pada hari pertama penutupan jalan tersebut.

Sebelum ini, orang ramai terutamanya perantau yang bakal pulang pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 April nanti meluahkan kegusaran mereka untuk menghadapi ‘jem teruk’.

Jelas seorang perantau, Nik Koidin berkata, jika jalan tersebut tidak ditutup sekalipun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan boleh mencecah sehingga 16 jam.

“Tidak pasti kali ini berapa lama perantau akan berada dalam kenderaan mereka. Pelik kenapa tarikh ini juga yang dipilih untuk tutup jalan.

“Lagipun projek tersebut dah lama dijalankan, pilihlah satu tarikh yang sesuai,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Mad Lutfi pula berkata, keputusan yang dibuat (tutup jalan) telah dilakukan oleh pihak berwajib dan bertanggungjawab ke atas laluan tersebut.

“Tak boleh nak sentuh, tak boleh nak komen sebab yang buat keputusan dan luluskan tu semua orang yang bijak pandai,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*