Cadangan Anwar tubuh Tabung Kewangan Asia disambut baik kerajaan China

Kerajaan China akan membincangkan tentang cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mencadangkan perkara itu pada Forum Boao di Hainan semasa lawatannya ke negara berkenaan, baru-baru ini.

“Dalam persidangan di Hainan saya keluarkan usul secara terbuka tentang AMF. Kita hanya bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Bila saya lontarkan itu, saya tertarik sebab Presiden Xi Jinping kata beliau merujuk kepada cadangan Anwar dan akan sambut untuk dibincangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Turut baca : Jurutera ‘tepis’ dakwaan Anwar larikan gas Bachok ke Songkhla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*