Tuduhan liwat termasuk dalam qazaf, MP Putrajaya tidak layak jadi wali?

“Speaker, speaker! Kalau saya kata saya yakin Tambun (Anwar) peliwat. Kalau saya kata saya yakin Tambun peliwat. Saya yakin Tambun peliwat. Nak cakap apa? Saya yakin dia peliwat. Nak cakap apa? Nak cakap apa?”

1) Tidak kurang daripada 5 kali Ahli Parlimen Putrajaya membuat pengakuan bahawa beliau yakin Ahli Parlimen Tambun adalah peliwat. Bagi mereka yang mendalami bidang pengajian Islam atau yang memahami dengan mendalam mengenai implikasi dakwaan meliwat terhadap Muslim yang lain, pengakuan seperti ini sangat menggerunkan.

2) Pengakuan Putrajaya diulang berkali-kali ketika beliau berdiri bersebelahan mantan Menteri Agama (YB Ust Hj Idris Ahmad) dan di hadapan mantan Timbalan Menteri Agama (YB Ust Ahmad Marzuk Shaary).

3) 1998 saya berada di Darjah 6. Anwar dituduh meliwat Azizan dan Sukma. Semua pihak yang bersama Anwar ketika itu termasuk golongan agamawan meyakini ianya konspirasi. Tun Mahathir pun mengakuinya beberapa tahun kemudian. Semua pihak yang bersama Anwar memperingatkan orang ramai besarnya dosa QAZAF. Buku QAZAF diterbitkan, diedar ke merata tempat.

4) Beberapa tahun kemudian, muncul Saiful Bukhari pula dalam dakwaan liwat II. Semua pihak yang bersama Anwar mendakwa ini konspirasi II. Ini QAZAF kali ke-2. Besar dosanya. Besar kesan tuduhan liwat tersebut.

5) Antara kitab yang saya mengajar dan para asatizah mengajar di masjid, surau dan lain-lain tempat adalah Kitab Al-Kaba’ir (Dosa-Dosa Besar) karangan Imam Az-Zahabi. Antaranya adalah dosa QAZAF (melempar / melontar) tuduhan zina kepada wanita beriman.

Tuduhan liwat termasuk dalam qazaf, MP Putrajaya tidak layak jadi wali?

6) Tuduhan liwat juga termasuk dalam QAZAF iaitu orang yang membuat tuduhan mesti membawa 4 orang saksi yang adil (ada syarat-syarat adil yang cukup ketat). Jika gagal membawa 4 saksi, dalam Hukuman Hudud, dia dikenakan hukuman sebatan sebanyak 80 x. Jika dia tidak bertaubat, persaksiannya tidak boleh dipakai selama-lamanya. Dia orang fasik. Tidak layak jadi wali. Itu jelas daripada Al-Qur’an dan Hadis.

7) Bagi orang yang ikhlas dan benar-benar memperjuangkan Hukum Hudud, mereka sewajibnya memperingatkan kepada sesiapa sahaja terhadap dosa besar QAZAF ini.

Politik Malaysia, setiap beberapa tahun sekali berlaku perubahan. Satu masa berkawan, satu masa jadi musuh. Satu masa bersama Anwar, satu masa, tidak. Dosa besar QAZAF semakin lama, semakin hilang dari disebut-sebut dalam dunia politik.

9) Menjelang PRU-2022, dakwaan liwat dinormalisasikan di atas pentas ceramah. “Anwar suka main belakang, peliwat, sodomi, geng peliwat, kaum Nabi Lut dan sebagainya”. Anak-anak muda generasi baru yang muncul di TikTok akhirnya terbiasa, tanpa segan silu dan takut terhadap dosa besar QAZAF ini membanjiri media sosial tersebut dengan sindiran, gelak ketawa dan maki hamun dengan ‘peliwat’. Puncanya, ahli politik yang membiasakannya.

10) Anda boleh kritik Anwar hal ekonomi, masalah beras, masalah minyak, atau apa sahaja kelemahan pentadbiran beliau, tetapi bila masuk bab dakwaan liwat, bab QAZAF, maaf, saya juga akan lawan isu ini ! Sebagaimana saya tidak bersetuju tuduhan-tuduhan liwat atau zina kepada tokoh-tokoh politik yang lain dijadikan bahan mainan dan senda gurau.

Ingat Putrajaya, ingat semua pihak yang turut mengiyakannya tanpa 4 saksi ! Implikasi pengakuan tanpa 4 saksi, kesaksian anda tidak diterima selama-lamanya. Anda tidak layak menjadi wali! Kecuali taubat.

Turut baca :  DNAA Zahid Hamidi : Anwar cabar kemuka bukti beliau campur tangan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*