Dakwaan ada ‘kejutan’ bekas pemimpin UMNO sertai PAS, ini respon ‘padu’ Puad Zarkashi

Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin UMNO akan sertai PAS. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari makan.

Isu pemimpin UMNO melompat parti bukan baru. UMNO tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa.

Menurut Puad Zarkashi, Tun M pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan.

Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika PN kembali memerintah. Tetapi jawatan itu tidak kekal. Yang kekal ialah gelaran “katak”. Itu kekal selama lamanya. Jadi katak bukan kejutan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*