Tragedi pemandu maut dipukul di Kajang, 5 penghantar makanan didakwa ‘membunuh’

LIMA individu yang juga penghantar makanan didakwa di Mahkamah Bandar Baharu Bangi, Selangor pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lelaki sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi, Semenyih 2, Kajang, Selangor pada 20 Februari lalu.

Kesemua tertuduh dilaporkan hanya mengangguk sebagai tanda faham di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi ketika pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Hafiz tiba di Mahkamah pada pukul 8.58 pagi.

Tertuduh terdiri daripada Mahazir Nordin, 43, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Syamdul Qamar Ayob, 40, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa membunuh seorang lelaki, Shahril Samad, 41 tahun, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor pada pukul 9.54 malam, 20 Februari lalu.

Tragedi pemandu maut dipukul di Kajang, 5 penghantar makanan didakwa 'membunuh'

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Sekiranya tiada hukuman mati, tertuduh hendaklah disebat sebanyak 12 kali jika disabitkan bersalah.

Mahkamah turut membuat keputusan untuk tidak memberikan jaminan dan menetapkan 25 April depan bagi serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.

Dalam kejadian awal pagi 20 Februari lalu, seorang lelaki dilaporkan bukan sahaja ditarik keluar dari kereta oleh beberapa individu, malah tangannya turut diikat sebelum dipukul hingga meninggal dunia.

Sebelum kejadian, mangsa difahamkan dikejar orang awam selepas cuba untuk lari daripada satu lokasi kemalangan sebelum dia kemudiannya terbabas melanggar pagar sebuah kawasan perumahan.

Ekoran daripada itu, polis menahan lima lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*