Tragedi majlis kahwin terbakar ibarat malapetaka

Seorang pemuzik yang menyaksikan majlis perkahwinan di Iraq bertukar tragedi tempoh hari menyifatkan ia sebagai satu malapetaka.

Kebakaran yang meragut lebih 110 nyawa itu turut mencederakan lebih 150 lagi mangsa.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku ekoran kekurangan langkah keselamatan serta penggunaan bahan mudah terbakar di dalam bangunan.

Ghandi Bashar berkongsi dia sempat berborak dengan pengantin lelaki lima minit sebelum kebakaran tercetus dan dia sempat ditanya jika segalanya akan berjalan lancar.

Baru sejam majlis berlangsung dan ratusan tetamu yang sedang melihat pasangan pengantin itu menari, kemudian dikejutkan dengan kebakaran, sebaik percikan bunga api mengenai hiasan siling dewan.

Api terus marak dan menjilat dewan sehingga ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan diri.

Setakat ini 14 individu sudah ditahan termasuk pemilik dewan bagi membantu siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dalam tempoh 72 jam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*