Tragedi buka puasa : Empat beradik maut dalam kebakaran

Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilankecemasan kebakaran rumah melalui talian MERS999 pada jam 7:49 malam tadi. Kejadian dilaporkan berlaku di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar, Johor.

Pasukan Bomba daripada BBP Muar telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan. Bantuan daripada BBP Bukit Gambit turut digerakkan bagi membantu operasi penyelamatan dan pemadaman. Dalam operasi tersebut, 20 orang anggota telah bertugas bersama 2 jentera FRT dan 1 jentera EMRS.

Komander Operasi, TPgB II Shahrizal bin Mokhtar melaporkan, sebuah rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan
50 kaki x 35 kaki telah terbakar 80% daripada keseluruhan rumah tersebut.

Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan sumberair daripada pam jentera. Setelah api dapat dipadamkan sepenuhnya, anggota Bomba telah melakukan pencarian mangsa dan menemui 4 orangkanak-kanak di dalam bilik air rumah tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kesemua mangsa iaitu 2 kanak-kanak lelaki berusia 3 dan 8 tahun serta 2 kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 6 tahun, masing-masing telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang berada dilokasi.

Seterusnya kesemua mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tragedi buka puasa : Empat beradik maut dalam kebakaran

Tragedi buka puasa : Empat beradik maut dalam kebakaran
Tragedi buka puasa : Empat beradik maut dalam kebakaran

Tragedi buka puasa : Empat beradik maut dalam kebakaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*