{VIDEO} Bantahan Takiyuddin bersifat polemik, tidak berasas

Syahredzan Johan (PH-Bangi) menempelak bantahan Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) terhadap teks rasmi rang undang-undang dalam Bahasa Inggeris sebagai polemik yang tidak berasas.

“Takiyuddin tidak wajar untuk mengatakan sebegitu kerana beliau adalah seorang peguam senior yang sepatutnya tahu tentang perkara itu.

“Atau adakah ianya adalah satu perkara yang dibangkitkan hanya untuk menimbulkan polemik dan mungkin untuk dijadikan kandungan Tik Tok,” katanya.

Katanya, tindakan Takiyuddin itu merupakan satu sangkaan bahawa kononnya kerajaan Madani telah membuat satu perubahan dasar dengan tidak menjunjung bahasa Melayu.

“Saya rasa amat tidak wajar untuk dikatakan lebih lagi ianya dilakukan di dalam Dewan Rakyat.

“Sebab umum mengetahui bahawa dasar kita memang sama iaitu mengangkat perkara 152 yang berkenaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,” katanya.

Takiyuddin membangkitkan perkara tersebut kerana pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jebayah dibyat dalam Bahasa Inggeris manakala dua lagi rang undang-undang yang dipinda dibuat secara dwibahasa.

Syahredzan menambah bahawa teks rasmi untuk kanun keseksaan ialah Bahasa Inggeris dan penterjemahan ke bahasa Melayu dibuat secara tak rasmi.

Untuk rekod Timbalan Menteri Undang-Undang dan Parlimen era kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini turut membentangkan RUU yang sama hanya menggunakan bahasa Inggeris sahaja.

Bantahan tersebut turut menyebabkan Che Mohamad Jusoh (PN-Besut) digantung kehadiran di Dewan Rakyat selama tiga hari.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*