“Tolong jangan kecam…” Salah ke mohon peluang kedua dari bekas suami?

Aku tak sangka begitu cepat suami dapat pengganti hanya selepas 4 bulan bercerai. Sedangkan sedangkan masa nak bercerai hari tu dia duk nangis kata sayang aku. Boleh bayangkan tak macam mana cepat dia lupakan aku…

Aku sedar semuanya salah aku, aku termakan janji manis lelaki lain sampaikan aku tak nampak suami aku sendiri. Aku menyesal sangat!! Dua tahun yang lepas, aku tinggalkan suami aku, aku lari dengan kekasih aku dan aku bawa bersama anak kami sorang.

Ketika itu suami asyik rayu agar aku pulang tapi masa tu aku dah bahagia sangat dengan kekasih aku. Dan tak disangka aku mengandung anak kekasih aku dan aku terp4ksa tuntut cerai dengan suami. Masa tu tak ade siapa tahu yang aku dah mengandung masa proses bercerai tu.

Aku dan kekasih je yang tau. Suami menangis dekat mahkamah, tapi aku tak hirau langsung. Aku ingat lagi aku h1na dia, aku m3ki dia. Aku ugut dia kalau tak cerai aku, aku tak akan bagi dia jumpa anak dia lagi. Dan akhirmya dia pun akur untuk bercerai.

Tapi admin, semua berubah sejak aku melahirkan anak. Kekasih aku tu tak guna dan dia dah tinggalkan aku pulak sebab perempuan lain. Sekarang aku tinggal bertiga je dengan anak bekas suami, dan anak kekasih aku. Aku pun mula teringat dekat suami, aku selalu tengok dia dan hati aku hancur min.

Dia dah kahwin dan ada anak sorang. Tak sangka cepatnya dia dapat pengganti sedangkan masa nak bercerai hari tu dia duk nangis kata sayang aku. Apa yang paling aku sakit hati, dia kahwin selepas 4 bulan kami cerai. Boleh bayangkan tak macam mana cepat dia lupakan aku.

Aku tak percaya min, aku rasa suami aku khawin mungkin sebab nak lupakan aku je. Dia sayang aku sorang tau min. Aku yakin min. Tiap hari aku tengok apa yang bekas suami aku dan bini baru dia dekat FB. Aku cemburu min.

Bini dia lawa sangat dan itu buat aku putvs asa nak dapatkan suami aku balik. Tapi aku tak boleh mengalahkan min. Hari tu suami dan isteri baru dia baru je sambut birthday ntah berapa bulan anak diorang. Aku pandang anak aku, s4kit hati aku, hari lahir anak baru dia ingat tapi hari lahir anak kami beza 1 bulan je pun, dia tak ingat.

Lagi satu, bini baru dia selalu post dia keluar dengan ibu mertua, ibu mertua belanja makan, belanja shopping dan selalu belikan hadiah. Dulu kenapa ibu mertua tak layan aku sebegitu. Eehh panas hati aku ni kalau nak cerita.

Ok sekarang ni, aku tengah fikir macam mana nak dapatkan balik hati suami aku tu. Sebab aku dah try watsap dia, aku perkenalkan diri, dia jawab jangan kacau dia lagi. Mungkin dia sekadar merajukkan? Aku nak suami saya balik untuk jadi ayah pada anak aku. Bukan anak baru dia tu. Aku boleh perbetulkan semua silap aku yang dulu.

Aku boleh jadi yang lebih baik dari wife baru dia. Sekarang saya tengah berusaha nak dapatkan nombor bini baru dia sebab aku nak tunjukkan gambar lama aku dengan bekas suami, biar dia tau kami pun sweet dulu. Siarkan ye min. Tolong jangan kecam aku ye. Semua orang patut dapat peluang ke-2 kan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*