“Tinggalkan je bang oii…” Bergaduh dengan teman lelaki, gelagat gadis tendang motor jadi perhatian

Salah faham dalam hubungan itu menjadi perkara biasa yang akan dilalui mana-mana pasangan, bahkan tidak salah untuk merajuk atau berasa marah.

Namun, kadang kala tindakan yang berlebihan di khalayak umum itu pastinya akan menjadi perhatian dan memberi pandangan negatif terhadap seseorang.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Haliza apabila memuat naik video memaparkan sepasang kekasih bergaduh.

Dalam video tersebut, dapat dilihat sepasang kekasih yang berpakaian serba hitam sedang berhenti di pinggir jalan.

Bagaimanapun, tiba-tiba motosikal yang ditunggang lelaki tersebut ditendang wanita berkenaan dipercayai kerana berlaku perselisihan faham diantara mereka.

Susulan pertengkaran itu, gadis berkenaan dilihat melalui celah-celah kereta yang sedang parkir dipercayai bagi mengelak dipujuk lelaki berkenaan.

Rata-rata warganet seakan berang dengan sikap gadis berkenaan. Malah, mereka turut berpendapat bahawa gadis seperti patut ditinggalkan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*