Tertimbus tanah runtuh, 2 kanak-kanak maut

Rumah didiami sembilan sekeluarga dihempap tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam semalam.

Mangsa Isa Sabri, 2, dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Manakala Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di hospital sama.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati, berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.

“Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus tanah dan pokok,” katanya. Menurutnya, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Dua lagi mangsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.

“Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di hospital manakala dua lagi mangsa yang cedera kini menerima rawatan,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*