{VIDEO} “Kurang ajar…” Tindakan melampau Mariam Hadid mengaku ‘nabi wanita pertama’ cetus kemarahan ramai

Tindakan melampau wanita Arab itu telah membuatkan ramai pengguna media sosial agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.

Kecoh di media sosial ketika ini akan seorang wanita yang memuat naik beberapa video di platform TikTok yang dikatakan menghina agama Islam.

Video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai Mariam Hadid itu dengan berani menghina agama Islam sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, hampir kesemua video memaparkan wanita berkenaan bertudung namun berpakaian kurang sopan seperti memakai ‘dress’ pendek dan ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Lebih menambah kemarahan ramai apabila wanita itu juga mengaku dirinya sebagai ‘Nabi wanita pertama’ sekaligus mempersendakan agama Islam dengan memakai kostum ‘Ultraman’ sambil solat dan pegang AL-Quran di atas sejadah.

Tindakan melampau wanita Arab itu telah membuatkan ramai pengguna media sosial agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.

Rata-rata warganet meluahkan rasa geram akan wanita berkenaan yang bertindak menghina kesucian agama. Bahkan mereka juga terus bertindak membuat laporan kepada TikTok.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*