Terserempak gajah liar, jangan panik! Lakukan 10 tip ini elak diserang

PEMANDU jalan raya terutama di kawasan berhutan tidak dapat mengelak untuk terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran atau melintasi lebuh raya.

Lokasi yang kerap muncul atau berlaku kemalangan dengan haiwan itu ialah Lebuh Raya Timur Barat Gerik-Jeli

Berikut 10 cara menyelamatkan diri daripada diserang gajah liar, ini yang perlu diketahui:

1. Memandu secara berhemah.

2. Perlahankan kenderaan apabila terdapat papan tanda kawasan lintasan hidupan liar.

3. Tidak menggunakan lampu tinggi.

4. Elak membunyikan hon.

5. Tidak panik.

6. Berdiam diri, jangan lakukan pergerakan dengan tiba-tiba dan berundur diri secara perlahan.

7. Jangan membuatkan haiwan itu merasa terancam, ia mungkin mencetuskan tindak balas mengejut.

8. Keluar daripada kereta juga berisiko dan perlu dielakkan sepenuhnya.

9. Menggunakan kamera dengan cahaya lampu juga perlu dielakkan.

10. Gunakan kaedah larian ‘zig-zag’ jika gajah mengejar untuk menyulitkannya kerana kesukaran menukar arah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*