Terima suapan jutaan ringgit, pengarah jabatan kerajaan antara ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Turut ditahan pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50an dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi di pejabat SPRM Sarawak ketika diminta hadir memberikan keterangan.

“Suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 – 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan 2 projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta. Manakala pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak pagi ini untuk permohonan reman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*