“Tergamak Ezzat berkata begitu…” Firdaus Wong ‘sifatkan’ pengerusi Tahfiz ‘mulut puaka’

“Tergamak Ezzat berkata begitu…” Firdaus Wong ‘sifatkan’ pengerusi Tahfiz ‘mulut puaka’.   Isu rogol yang dianggap sensitif oleh kebanyakan pihak, sebaliknya menjadi bualan jenaka pula oleh seorang individu yang juga merupakan pengerusi sebuah sekolah tahfiz.

Dia dalam hantarannya di Facebook telah mengulas isu yang tular ketika ini berkenaan seorang penceramah didakwa telah merogol sebilangan kanak-kanak bawah umur.

Ujarnya, memandangkan kejadian itu dilakukan secara berulang kali, kebarangkalian remaja perempuan itu yang merogol ‘ustaz’ terbabit.

Bukan itu sahaja, dia juga beranggapan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh penceramah itu bukanlah ‘merogol’ kerana kejadian berlaku secara ‘rela’ yang bermaksud pihak remaja terbabit juga menyetujui jika dia diperlakukan demikian.

Terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut, Firdaus Wong tampil dalam hantaran terbaharunya di Facebook melahirkan rasa dukacita melihat ucapan individu terbabit.

“Cara berfikir Ezzat sangat bermasalah, apatahlagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.”

“Isunya bukan suka sama suka tetapi bagaimana boleh seorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?” -Firdaus Wong

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*