“Terbaik abam bomba…” Budak 8 tahun dipercayai mangsa dera diselamat bomba

“Terbaik abam bomba…” Budak 8 tahun dipercayai mangsa dera diselamat bomba. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

“Kanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*