Tentera Israel bedil konvoi ambulans di Gaza, 15 terbunuh, 50 cedera

ISRAEL mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas konvoi ambulans di luar Hospital Al-Shifa di Gaza, kemudahan perubatan terbesar di kawasan itu.

Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya 15 individu dan 50 yang lain cedera, kata pihak berkuasa kesihatan Hamas pada Jumaat.

Rakaman menunjukkan ramai mangsa berlumuran darah berhampiran lokasi serangan.

Dalam pada itu, Israel berkata tenteranya menyasarkan konvoi ambulans itu kerana mendakwa ia digunakan oleh pejuang Hamas, menurut satu kenyataan dari Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

“Sebuah pesawat IDF menembak ambulans yang dikenal pasti oleh tentera yangf digunakan Hamas berdekatan dengan kedudukan mereka di zon pertempuran,” tulis IDF lagi.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, yang berada di Hospital Al-Shifa, berkata bahawa Israel bertanggungjawab atas serangan itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata salah satu ambulansnya turut berada dalam konvoi tetapi tiada ahli pasukannya cedera dalam serangan berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*