Tak sampai dua tahun pegang jawatan, rupanya ini bekas Perdana Menteri dipanggil SPRM dakwaan salah guna dana
Sebelum ini kami ada melaporkan yang SPRM akan memanggil bekas Perdana Menteri dan dua pembantunya untuk siasat berhubung tiga kes berasingan membabitkan dakwaan salah guna dana.
Menurut laporan Harian Metro, Bekas Perdana Menteri yang dimaksudkan itu adalah Datuk Seri Ismail Sabri dan beliau telah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan penggunaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.
Walau bagaimanapun, pihak media cuba untuk menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk mengesahkan perkara itu tapi tidak berjawab.
SPRM juga dikatakan sudah merakam pembantu peribadu kepada Ismail Sabri dan siasatan berkenaan dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.
Untuk info, Azam Baki telah mengesahkan yang pihaknya akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.
Bukan tu jer, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit dengan perbelanjaan dana juga turut dipanggil.
Tidak kurang daripada empat orang akan dipanggil (memberikan keterangan) dan salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri dipanggil memberikan keterangan.
Turut baca :
Leave a Reply