“Tak lama kena kutip la tu…” Anggota JPJ nyaris maut dirempuh pemandu kereta cuba lari dari sekatan jalan raya.
Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan nyaris maut dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kuala Krai di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa bagaimana terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, sejurus kejadian mangsa telah dikerjakan ke sebuah klinik berhampiran kawasan operasi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya, beliau bersyukur anggota itu tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Susulan itu, kita (JPJ Kelantan) akan membuat laporan polis dan setakat ini identiti suspek yang merupakan lelaki warga asing itu masih belum dikenal pasti.
“Kita tidak menolak kemungkinan suspek bertindak demikian samada memandu kereta curi atau membawa barangan salah,” katanya kepada pemberita semasa sidang media Ops Pengarah JPJ di sini malam tadi.
Mohd. Misuari memberitahu, beliau akan mendapatkan bantuan polis termasuk risikan JPJ Kelantan bagi mengesan kenderaan yang dipandu suspek untuk membuat tangkapan.
Katanya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku keatas anggota tersebut yang sudah lebih 10 tahun bertugas menerusi pelbagai operasi oleh JPJ.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Misuari berkata, sebanyak 109 notis saman telah dikeluarkan kepada individu atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut yang bermula pukul 8 hingga 10.30 malam.
Katanya, lima buah motosikal yang mempunyai banyak kesalahan telah disita dalam operasi tersebut.
“Operasi berterusan akan diadakan dalam memastikan pemandu tempatan termasuk warga asing mematuhi undang-undang jalan raya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut melakukan saringan ujian air kencing terhadap 19 individu dan semuanya negatif serta sebuah kenderaan diberikan notis saman oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Leave a Reply