Subsidi minyak masak : Anak Hamzah Zainudin diheret ke mahkamah dengan 9 pertuduhan

Muhammad Faisal Hamzah, anak kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin, didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, hari ini atas sembilan pertuduhan mengenai pelanggaran berhubung subsidi minyak masak.

Menurut laporan The Edge, Faisal, 39, didakwa bersama Azizul Abdul Halim, 55, – kedua-dua mereka adalah pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd, pemegang lesen minyak masak borong.

Mereka didakwa memberikan maklumat palsu dengan mengeluarkan invois palsu mengenai penjualan minyak itu kepada syarikat peruncit tempatan yang menyalahi Seksyen 8(4) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Minyak masak adalah barang kawalan menurut akta berkenaan.

Hamzah pernah menjadi menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional, dan adalah menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna semasa kerajaan Barisan Nasional sebelum itu dari Julai 2015 hingga Mei 2018.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*