Subsidi, kawalan harga ayam dan telur diteruskan

Pemberian subsidi serta kawalan harga ayam dan telur yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun, akan diteruskan.
Perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan bersama memaklumkan, keputusan itu dibuat mengambil kira semua aspek.

Ia termasuk bagi memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela.

Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu menetapkan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun.

Keputusan dibuat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras aspirasi Kerajaan Malaysia Madani.

Turut baca : ‘Panglima Pasir Salak’ minta Umno beri ‘keris’, mahu bantu PRN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*