SPRM beku akaun BERSATU

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bertindak membekukan akaun-akaun parti Bersatu.

Menurut sumber dalam parti itu, tindakan tersebut diambil SPRM dipercayai berkaitan dengan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit dalam pakej rangsangan Covid-19.

Kata sumber itu lagi, semua akaun parti itu dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Berita lanjut akan menyusul selepas Utusan Online mendapatkan komen SPRM.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*