Speaker Dewan Rakyat ‘nafi’ anak dilantik pegawai khas

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menafikan dakwaan anaknya dilantik pegawai khas untuk membantunya di Parlimen.

“Tiada isu. Anak saya tidak dilantik ke mana-mana jawatan buat masa ini,” katanya menurut laporan The Star.

Penjelasan ini menyusul laporan tersebar dalam talian bahawa anaknya, Mohammad Iqbal Johari, dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas 1 kepada Speaker Dewan Rakyat.

Dakwaan itu dibuat ahli Perikatan Nasional, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, di laman Facebooknya semalam.

Johari dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 19 Dis ini. Nama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan mendapat 147 undi.

Turut baca : Terkesan ‘Menu Rahmah’, kedai makan mula turunkan harga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*