Sindiket jual biskut perisa ‘ganja’ tumpas di Lembah Klang

Sindiket jual biskut perisa ‘ganja’ tumpas di Lembah Klang.

Sindiket menjual biskut berperisa ganja serta dadah tumpas menerusi tiga serbuan berasingan, di Batu Caves dan Bandar Menjalara, kata Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai.

Polis yakin berjaya menumpaskan sindiket menjual biskut berperisa ganja dan dadah dalam tiga serbuan berasingan, kata Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai.

Katanya, sindiket dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan beroperasi di sekitar Lembah Klang, selain polis berjaya merampas dadah bernilai RM248,490.

Turut baca

Beh berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN) Sentul, pada Rabu serta Khamis lalu, sekitar 4 petang hingga 7 malam.

“Menerusi serbuan pertama, kita berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun bersama sepeket syabu seberat 13g disimpan di dalam poket suspek.

“Susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kondominium dan menemui 15 ketulan mampat ganja seberat 14,980g, dua bungkus biskut berperisa ganja (230g) dan lima peket syabu (65g),“ katanya.

Katanya, sebungkus biskut disyaki berperisa ganja itu dijual pada harga RM100 kepada pelanggan tetap menggunakan media sosial.

Mengulas lanjut, polis telah menjalankan serbuan kedua di sekitar Batu Caves dan berjaya memberkas dua suspek lelaki tempatan berusia 22 hingga 25 tahun disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah terbabit.

Katanya, hasil penahanan itu polis turut merampas 10 ketulan mampat ganja seberat 9,940g, seutas rantai, sepasang subang dan wang tunai berjumlah RM1,500 di dalam kereta suspek.

Beh berkata, serbuan terakhir pula dijalankan di sebuah kondominium sekitar Bandar Menjalara yang mana polis menahan empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 24 tahun bersama sepaket syabu seberat 5.4g, dua paket berisi pil ekstasi (2,863g) dan wang tunai berjumlah RM2,100.

“Hasil ujian air kencing pula mendapati tiga daripada tujuh suspek positif ganja dan mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

https://www.youtube.com/watch?v=odvJXj4RfVg

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*