“Siap mengaku bapa…” Ibu terkilan ramai scammer kutip derma atas nama anak

Keadaan kesihatan adik Ainul Amrdiah Ahmad Safiuddin yang dikatakan agak kritikal dan sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sememangnya menjadi perhatian ramai pihak.

Adik Ainul sebelum ini dikatakan tetap aktif meskipun dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Bagaimanapun, ibu kepada adik Ainul, Nurul Erwani meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan untuk mengutip derma atas nama anaknya itu.

Berkongsi di akaun Instagram miliknya, Erwani beranggapan bahawa tindakan para scammer tersebut sangat melampau.

Malah, dia juga memuat naik beberapa posting scammer yang menggunakan kisah anaknya demi mengaut simpati sekaligus keuntungan daripada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Rata-rata warganet turut geram melihat sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu. Bahkan, berharap agar pihak sepatutnya melakukan siasatan terhadap nombor akaun yang sedang tular itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*