Ayu Puteh ‘dedah’ ada penerbit sanggup berhutang siapkan filem

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Berhad (Kopelem) Datuk Ayu Puteh, mendedahkan bahawa ada sesetengah penerbit terpaksa meminjam ‘Ah Long’ untuk menyiapkan drama.

Ayu Puteh atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, menyatakan permasalahan tersebut berpunca daripada pihak bank mengenakan syarat kurang sesuai untuk penerbit tempatan membuat pinjaman.

Menurutnya lagi, permasalahan itu boleh diselesaikan apabila pihak kementerian kini meluluskan kemudahan dengan kewujudan Kopelem.

Difahamkan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengesahkan perkara berikut ketika hari perasmian Kopelem.

Ayu Puteh juga menyarankan agar penerbit drama dan filem menyertai Kopelem bagi memudahkan proses menjayakan atau menyiapkan projek berkaitan.

Ayu Puteh turut melahirkan rasa syukur kerana usaha selama lima tahun untuk membangunkan koperasi berkenaan akhirnya tercapai.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*