Sembah sujud di tepi kereta, cara ‘apek’ jual tisu di lampu isyarat jadi perhatian

Apabila berhenti di lampu isyarat, banyak kita lihat individu berjalan ke setiap kereta meminta sedekah sambil membawa bersama mereka adalah barangan jualan misalnya seperti tisu.

Begitulah yang dilakukan oleh lelaki ini, namun apa yang menjadi perhatian apabila melihat caranya melutut sambil membuat aksi seperti melakukan ritual penyembahan.

Sorotan itu dapat dilihat menerusi perkongsian James Kun Tek NG di laman Facebook yang mana sekaligus mengundang pelbagai persoalan kepada wargamaya.

Dia dilihat melakukan perbuatan itu beberapa kali pada kereta Perodua jenis Axia sebelum kembali bangun berjalan menjual tisu yang turut dibawa bersama ketika itu.

Pun begitu, ada sumber mendakwa lelaki berbangsa Cina itu gemar mengambil alkohol murah dan sudah menjadi tabiatnya meraih simpati orang ramai dengan cara sebegitu.

Ada juga yang bertentangan pendapat bilamana mereka beranggapan tidak seharusnya amalan sedekah mempunyai jurang, terutamanya dengan membanding-bandingkan perkauman.

Menurut mereka, keikhlasan seseorang untuk bersedekah sudah cukup memadai tanpa mempersoalkan cara penerima menggunakan hasil kutipan itu nanti.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*