Selamba buat muka tidak bersalah, mak cik lari selepas langgar kereta

Selamba buat muka tidak bersalah, mak cik lari selepas langgar kereta.

Seorang wanita di Indonesia melarikan diri selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah kereta akibat tidak menumpukan perhatian di jalan raya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Klip video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta tersebut menunjukkan keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Seorang wanita dilihat menunggang motosikal bersama seorang anak lelakinya. Dia menoleh ke belakang untuk bercakap dengan anaknya.

Akibat tidak menyedari kereta di hadapan sudah berhenti, motosikal dipandunya merempuh belakang kenderaan itu.

Tanpa meminta maaf, dia menunjukkan riak wajah kesal sebelum berlalu pergi.

Pemandu kereta itu kemudian menjerit: “Hati-hati mak cik.”

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sekurang-kurangnya minta maaf, malah melarikan diri,” komen seorang netizen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*