Kanak-kanak lelaki 6 tahun rentung dalam kebakaran melibatkan lima rumah

Kanak-kanak lelaki 6 tahun rentung dalam kebakaran melibatkan lima rumah.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun rentung dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah di Lorong 16, Rancangan Perumahan rendah (RPR) Batu Kawa, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.12 tengah hari tadi dan setiba di lokasi, mereka dimaklumkan orang awam bahawa seorang mangsa masih terperangkap di dalam salah sebuah rumah.

Katanya susulan itu, pasukan bomba terus membuat pemadaman sebelum melakukan kerja ‘overhaul’ untuk mengesan mangsa.

“Pada pukul 3.33 petang, pasukan bomba menemui mangsa di bahagian bilik belakang tingkat atas rumah kedua,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara, katanya dua daripada lima rumah dua tingkat terbabit, termasuk rumah mangsa musnah 100 peratus akibat kebakaran itu, manakala tiga buah rumah lagi masing-masing musnah 60 peratus, 50 peratus dan 20 peratus.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*