Seorang ibu bersama empat anaknya yang diusir oleh suami serta mentuanya kehabisan wang di Banten ketika dalam perjalanan pulang ke Surabaya menjelang Aidilfitri, lapor laman berita TribunJatim hari ini.
Video memaparkan kisah itu dimuat naik di akaun Instagram Polis Banten baru-baru ini.
Dalam video tersebut, seorang anggota polis melihat wanita berkenaan berada dalam keadaan bingung di pinggir jalan, tidak jauh dari Pelabuhan Merak.
Dia kemudian berbual dengan wanita itu yang memberitahu bahawa mentua dan suaminya memarahinya sehingga menyebabkan dia diusir keluar dari rumah.
Bagaimanapun, polis wanita itu kemudian memberikan wang untuk si ibu meneruskan perjalanan ke Surabaya.
Klip video itu kemudian mendapat komen daripada netizen yang memuji sikap anggota polis tersebut membantu ibu empat orang anak itu.
Turut baca :
Leave a Reply