Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri 10 April

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Rabu, 10 April 2024,” katanya malam ini.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri 10 April

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*