“Saya tak kisah… Lima jari kita kan tak sama panjang…” Lelaki Pakistan kongsi memori duka, pernah disamun di Malaysia

Seorang lelaki warga Pakistan berkongsi memori dukanya,mendakwa pernah dibelasah oleh individu tidak dikenali ketika bekerja di negara ini.

Kisah tersebut dikongsikan oleh warga Malaysia, Ahmad Isa menerusi satu rakaman ketika dia membuat kunjungan ke sebuah penempatan di Pakistan.

Menurut lelaki Pakistan bernama Usman itu, dia memilih untuk pulang ke kampung halamannya selepas serik menjadi mangsa samun ketika mencari rezeki di Malaysia.

“Dulu saya kerja dekat Sogo, Kuala Lumpur. Saya bekerja di sebuah kedai fabrik di sana.

“Saya balik ke Pakistan semula sebab dekat sana (Malaysia) orang pukul saya. Masa hari minggu kan ramai penunggang motosikal.

“Mereka ambil saya punya barang termasuklah pasport sampai saya jadi susah. Gigi saya pun kena tumbuk,” katanya.

Walau bercerita tentang pengalaman pahitnya, Usman menegaskan dia tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku.

Malah Usman menggunakan perumpaan ‘lima jari manusia’ bagi menunjukkan sikap setiap individu adalah berbeza-beza.

“Saya tak kisah… Lima jari kita kan tak sama (panjang). Baik pun ada, tak baik pun ada.

“Tapi sekarang saya pun banyak bahagia, syukur kepada Allah. Sekarang Allah bagi saya bahagia,” katanya sambil tersenyum.

Usman kemudian dilihat mengagihkan tiga plastik makanan termasuk buah epal kepada Ahmad dan rakan-rakannya.

Tersentuh dengan sikap lelaki Pakistan itu, Ahmad mengaku berasa ‘malu’ memikirkan layanan yang diberikan Usman dengan apa yang pernah dialaminya di Malaysia sebelum ini.

“MasyaAllah, kita dekat Malaysia pun belum boleh tentu boleh bagi banyak macam ni.

“Dia dekat Malaysia sana siap kena tumbuk. Dekat negara Pakistan ni dia bagi orang Malaysia macam-macam,” katanya.

Sebagaimana dijelaskan menerusi tulisan pada video, Usman kini merupakan seorang majikan yang memiliki lebih 100 pekerja.

Selepas Ahmad mengucapkan terima kasih, Usman mempelawa Ahmad untuk menumpang di rumahnya.

“Saya ada rumah dekat sini jangan risau. Kalau mahu makan atau duduk saja, saya tak kisah,” jelasnya.

Hantaran tersebut meraih lebih 600,000 jumlah tontonan setelah disiarkan oleh Ahmad di laman TikTok.

Rata-rata netizen begitu teruja dengan kebaikan Usman kepada Ahmad seperti dirakamkan dalam video tersebut.

"Saya tak kisah... Lima jari kita kan tak sama panjang..." Lelaki Pakistan kongsi memori duka, pernah disamun di Malaysia
Netizen turut sebak dengan berita kematian bapa Afnan.

“Nak menangis pula tengok video ni. Mulia sungguh hati dia. Cakap tak kisah kena pukul demi mencari rezeki di negara asing.

“Terima kasih orang Pakistan yang baik. Setiap manusia ada salah dan khilaf. Kita sesama manusia saling memaafkan baru hidup aman damai kan,” ujar beberapa netizen.

Untuk makluman, Ahmad bersama tiga lagi sahabatnya mula mendapat perhatian apabila mereka menggunakan basikal untuk menunaikan ibadah haji.

Mereka memulakan perjalanan dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia di Kepong sejak 27 November lalu untuk merentasi 12,000 kilometer ke tanah suci Makkah.

Sepanjang perjalanannya itu, Ahmad merakamkan video hampir setiap hari ketika merentasi lima buah negara termasuklah Thailand, India, Pakistan, Iran dan Arab Saudi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*