Salahuddin ‘bidas’ tindakan kerajaan naikkan tarif elektrik

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) membidas bantuan tunai tambahan kerajaan sebagai tidak memanfaatkan rakyat, khasnya menjelang kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pula membidas langkah menaikkan tarif elektrik sebagai tidak wajar ketika orang ramai bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

TNB sebagai sebuah GLC gergasi dengan keuntungan terkumpul lebih RM52 billion pastinya mampu untuk menyerap impak kenaikan kos bahanapi dan kos operasi mereka. Buktinya, walaupun kos bahanapi meningkat sebanyak 26% sepanjang tahun 2021, keuntungan operasi TNB telah meningkat sebanyak 10% (RM742 juta) untuk tahun tersebut, katanya.

Beliau berkata, TNB dengan jelas mempunyai kemampuan untuk menyerap kenaikan harga gas dan arang batu.

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 dan RM50 akan gagal membantu rakyat sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik.

Salahuddin berkata, pengumuman bantuan tunai tambahan akan terbukti tidak berguna jika rakyat terpaksa membayar bil elektrik lebih tinggi.

“Kerajaan harus menangguhkan kenaikan tarif elektrik sehingga krisis harga makanan selesai.”

Jemaah Menteri akan menyemak semula tarif elektrik pada 1 Julai ini akibat lonjakan harga arang batu yang menyebabkan kos pengeluaran meningkat.

Semalam Ismail mengumumkan kenaikan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) susulan pemansuhan harga siling dan subsidi tertentu, selain kenaikan harga barang.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*