Salahuddin : Bekalan cukup, elak pembelian panik sepanjang perayaan Aidilfitri

Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak penguat kuasa sentiasa memantau bekalan barangan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran bagi memastikan sama ada ia mencukupi atau sebaliknya.

“Berbelanjalah dengan gembira dan jangan melakukan pembelian panik kerana pihak penguatkuasaan akan memantau bekalan setiap hari untuk memastikan ia mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Syawal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera membuat aduan sekiranya ada peniaga menaikkan harga barangan ditetapkan.

“Kita berharap orang ramai dapat menyemak senarai harga barangan diumumkan supaya senang untuk kita kenal pasti peniaga terbabit kerana setiap aduan daripada pengguna kita akan ambil maklum,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*