Kecoh pemberian duit raya menyerupai kaum lain, ini penjelasan mufti

Kecoh pemberian duit raya menyerupai kaum lain, ini penjelasan mufti. Bila tiba Hari Raya Aidilfitri, pastilah sesi pemberian duit raya yang paling dinantikan khususnya bagi kanak-kanak.

Menghidupkan suasana, ada segelintir individu yang berpendapat amalan tersebut menyerupai adat kaum lain iaitu tasyabbuh (penyerupaan).

Mereka menganggap amalan ini seakan meniru tradisi masyarakat Cina yang memberi angpau di Tahun Baru Raya Cina.

Namun begitu, isu hukum pemberian duit raya ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman web pejabat berkenaan, tiada unsur tasyabbuh dalam pemberian duit raya.

Bahkan budaya tersebut termasuk dalam kategori amalan yang disunatkan bagi umat Islam iaitu bersedekah.

“Kami melihat bahawa tidak terdapat sebarang unsur tasyabbuh di antara perkara tersebut (pemberian duit raya pada bulan Syawal).

“Ini kerana pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang hukumnya sunat. Justeru, tidak timbul isu tasyabbuh di sini,” katanya.

Oleh yang demikian, masyarakat Islam tidak perlu was-was ketika memberi duit raya, selain bersedekah kita juga dapat menggembirakan hati anak-anak kecil.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*