Salahuddin Ayub jalani pembedahan akibat pendarahan otak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak.

Setiausaha Akhbarnya Nur Syakirin Husnal berkata Ahli Parlimen Pulai itu kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Salahuddin dikejarkan ke hospital sekitar 10.15 malam tadi selepas mengadu mengalami mual dan muntah-muntah.

Pemimpin Amanah itu sepatutnya menghadiri satu program di Kedah namun tidak dapat menyertainya seperti dijadualkan malam tadi.

“Pihak pejabat menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan setiausaha akhbar menteri pada 1 pagi tadi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*