{VIDEO} Shahril, Hishammuddin digantung, Noh Omar, Khairy dipecat

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan, Datuk Seri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat dari Umno kerana kesalahan semasa pilihan raya umum ke 15 lalu.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan penyandang Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan Suffian pula digantung enam tahun sebagai ahli.

Turut digantung ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno, Fathul Bari Mat Jahya; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan bekas Adun Tiram, Maulizan Bujang.

Ahmad Maslan juga turut mengumumkan ramai lagi ahli Umno di peringkat bahagian dipecat ekoran penglibatan mereka mensabotaj Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Tindakan ini disifatkan sebagai gerakan pembersihan besar-besaran dalam Umno selepas parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*