{VIDEO} Noh Omar tuntut dipecat dari UMNO selepas digantung

Datuk Seri Noh Omar telah dipecat dari Umno selepas beliau berulang kali menuntut beliau dipecat selepas Lembaga Disiplin Umno memutuskan beliau digantung enam tahun.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Megat Zulkarnain Omardin berkata, tindakan ini dibuat berdasarkan tindakan mensabotaj Umno semasa pilihan raya umum lalu.

“Pegawai Khas beliau sendiri telah bertanding sebagai calon bebas melawan calon BN di Tanjung Karang dalam pilihan raya umum lalu.

“Jadi tidak betul mengaitkan tindakan ini dibuat berdasarkan tindakan beliau tidak menyokong usul tidak bertanding untuk dua pemimpin utama parti dalam Perhimpunan Agung Umno lepas,” kata Megat Zulkarnain yang mengambil alih jawatan Pengerusi Umno Selangor dari Noh.

Menurut Megat Zulkarnain, Lembaga Disiplin Umno menjatuhkan hukuman menggantung Noh selama enam tahun selepas selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan ke atas Noh.

Apabila beliau dibawa ke depan Majlis Tertinggi Umno malam ini, Noh mencabar agar beliau dipecat sahaja dari Umno bukannya sekadar digantung selama enam tahun sebagaimana diputuskan Lembaga Disiplin, kata Megat Zulkarnain kepada media.

Ekoran itu, katanya, mesyuarat telah menerima tuntutan Noh agar beliau dipecat dari Umno.

“Namun Noh dibenarkan untuk merayu terhadap tindakan ini,” kata beliau.

Noh telah tidak dicalonkan oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu. Beliau dikaitkan dengan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*