“Rungutan jalan selalu jem…” Rupanya kenderaan melebihi populasi rakyat Malaysia.
Rungutan orang ramai jalan selalu jem di ibu kota selalu kedengaran di media sosial, bukan kerana baiki jalan, atau ibu bapa hantar sekolah rupanya kenderaan melebihi populasi rakyat Malaysia.
Kesesakan lalu lintas yang teruk sekaligus mendesak segelintir pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam.
Pertambahan kenderaan dalam negara jelas menjadi bukti menerusi laporan tahun 2021 di mana sebanyak 33.3 juta kenderaan berjaya didaftarkan di seluruh negara berjaya dicatatkan. Hal ini sekaligus buat pertama kalinya jumlah kenderaan dalam negara mengatasi jumlah manusia di Malaysia iaitu sebanyak 32.7 juta setakat tahun ini.
Berdasarkan laporan tinjauan Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia Dr Kulanthayan K.C. Mani , pihak mereka melihat situasi ini sebagai sesuatu yang tidak sihat di mana jumlah kenderaan dilihat mendadak sejak pada tahun 2019, lapor The Voket.
Berdasarkan peratusan, 47.3% daripadanya adalah kenderaan jenis kereta diikuti dengan 46.6% motorsikal manakala selebihnya adalah kenderaan jenis barangan dan pengangkutan.
Daripada angka kenderaan berdaftar tersebut, 47.3% adalah kereta, 46.6% motorsikal, 4.7% pula kenderaan barangan dan selebihnya melibatkan kenderaan pengangkutan.
Terdahulu, terdapat pihak yang mencadangkan agar caj kesesakan dikenakan di Kuala Lumpur buat kenderaan yang memasuki pada waktu tertentu.
Turut baca
Leave a Reply