Rogol wanita bergilir, abang ipar disyaki turut terlibat

Rogol wanita bergilir, abang ipar disyaki turut terlibat.

Abang ipar kepada wanita berusia 27 tahun yang dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju bulan lalu, dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.

Suspek berusia 29 tahun dipercayai merogol adik iparnya itu.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashaari Abu Samah, berkata berikutan itu, pertuduhan sebelum ini akan dipinda mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Turut dituduh empat lagi suspek yang ditahan selepas mendapat arahan daripada timbalan pendakwa raya,” katanya menurut Berita Harian.

Sebelum ini, Ashaari dilaporkan berkata, empat suspek berusia 25 hingga 32 tahun dipercayai terbabit dalam kes rogol berkumpulan itu ditahan dalam operasi khas pada 7 hingga 9 Sept lalu.

Katanya, seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Melawati disusuli penahanan dua lelaki warga tempatan di Bachok, Kelantan.

Polis kemudian memberkas suspek kelima iaitu seorang lelaki tempatan di Setapak.

Pada 8 Sept lalu, abang ipar mangsa didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan mahu melangsaikan hutang, dan membenarkan rakannya merogol mangsa bergilir-gilir 30 Ogos lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*