Kejamnya! ‘Cagar’ adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa

Kejamnya! ‘Cagar’ adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa.

Tindakan seorang abang ipar, hingga disyaki sanggup ‘mencagarkan’ kehormatan diri adik iparnya untuk menyelesaikan hutang.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur 31 Ogos lalu, mangsa yang berusia 27 tahun diperkosa lima rakan abang iparnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, menerusi soal siasat terhadap abang ipar mangsa yang ditahan, pihaknya mengesahkan suspek adalah dalang yang merancang kejadian terkutuk tersebut.

Berikut 15 fakta perkembangan terbaru kes berkenaan:

1-Suspek telah menelefon dan meminta mangsa supaya tidak mengunci pintu rumah rumah pada hari kejadian.

2-Mangsa dan abang ipar tinggal serumah di Blok D13, Seksyen 2 Wangsa Maju.

3-Abang ipar mangsa dipercayai mempunyai hutang duit dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

4-NAMUN TIADA PENGAKUAN ROGOL DIREKODKAN DARIPADA ABANG IPAR MANGSA.

5-Polis telah menerima aduan daripada mangsa yang berusia 27 tahun berkenaan kejadian rogol berkumpulan pada jam 4.52 pagi.

6-HASIL SIASATAN MENDAPATI MANGSA SEDANG TIDUR DI DALAM BILIK TELAH TERSEDAR KERANA MULUTNYA DITUTUP DENGAN TANGAN.

7-Menurutnya, dipercayai seramai lima orang lelaki telah berada di dalam bilik tersebut.

8-Mulut mangsa telah ditutup dan tangan mangsa juga telah diikat menggunakan kain.

9-Salah seorang daripada suspek telah memperkosa mangsa

10-Manakala salah seorang lagi suspek telah bertindak merakam video perbuatan terkutuk berkenaan.

11-Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek melarikan diri.

12-Polis telah memberkas abang ipar mangsa berusia 29 tahun di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan akan ditahan reman selama enam hari.

Kejamnya! ‘Cagar’ adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa

13-Kes disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

14-Pihak polis mempergiatkan usaha bagi mengesan empat individu yang masih bebas.

15-Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kejamnya! ‘Cagar’ adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*