Remaja 14 tahun diperangkap, diperkosa di tangga pintu kecemasan

Hasrat seorang remaja perempuan untuk keluar makan bersama rakan lelakinya bertukar menjadi peristiwa hitam apabila diperangkap suspek dan diperkosa di kawasan tangga pintu kecemasan di sebuah pangsapuri di Sungai Besi, di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku jam 9.10 malam 18 September lalu ketika mangsa berusia 14 tahun dijemput suspek,18, untuk lepak dan makan di Desa Tasik.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke sebuah pangsapuri.

“Mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek mengunci pintu kecemasan sebelum memperkosa mangsa.

“Remaja terbabit kemudian dihantar pulang ke rumahnya dan diminta tidak menceritakan kepada sesiapa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang trauma bagaimanapun menceritakan kejadian itu kepada rakannya sebelum kenalannya memaklumkan kepada ahli keluarga.

“Mangsa kemudian dibawa membuat laporan polis pada 21 September lalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*