{VIDEO} Cari rezeki sambil bawa anak, lelaki beri wang kepada rider ini sentuh hati ramai

Bila kita berbuat baik orang yang melihat pasti akan berasa untuk mencontohi sikap tersebut

Tidak kiralah berbuat baik dalam bentuk memberi pertolongan dan memberi sedekah, jika kelakuan itu dilihat pasti akan dapat menyentuh hati seseorang itu untuk turut berbuat baik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal berbuat baik dengan seorang penghantar makanan ketika berhenti di lampu isyarat.

Lihat video tersebut di bawah:

Memberi sedikit wang selepas melihat rider bekal by foodpanda bawa sekali anaknya semasa menghantar pesanan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal berbual dengan penghantar makanan yang juga sedang berhenti di di simpang lampu isyarat.

Apa yang menyentuh hati netizen adalah penghantar makanan itu turut membawa anaknya sekali keluar mencari rezeki. Keadaan itu mungkin menyebabkan lelaki yang menegur rider bekal by foodpanda itu memberi sedikit sumbangan wang kepadanya.

“Bila tengok act of kindness macam ni, memang bergenang air mata” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 87.4K views, 10.2K likes dan 288 shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi tersentuh dengan tindakan lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*