Rasuah projek telaga jejari, dua bekas pegawai kanan Air Kelantan dicekup

Empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembinaan projek telaga jejari yang gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk di negeri ini.

Tahanan reman yang bermula hari ini hingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, keempat-empat lelaki yang memakai baju lokap berwarna oren dan memakai pelitup muka tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.45 pagi dengan menaiki van SPRM.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan AKSB selepas disyaki terbabit dalam pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Menurut sumber, keempat lelaki berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan berasingan di sini, antara 7 hingga 10 pagi semalam.

Katanya, dua lagi yang ditahan merupakan pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai konsultan bagi menyiapkan pembinaan telaga terbabit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*