Ramai tak tahu ada Smart Lane di ‘Highway’ PLUS, tonton video ini untuk penerangan yang lebih jelas.
Setiap kali tibanya musim cuti, lebuhraya seperti biasa sudah pasti akan dipenuhi dengan kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman
Kesannya, akan berlaku kesesakan di lebuh raya dan perkara ini sudah pasti bukanlah sesuatu yang digemari pengguna jalan raya.
Namun begitu, adakah anda tahu ada inisiatif yang dilakukan oleh pihak lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku ini?
Menerusi sebuah video TikTok perkongsian @plusmalaysiaberhad, perbadanan lebuh raya itu menunjukkan bagaimana cara untuk menggunakan Smart Lane semasa melalui Lebuh Raya Utara – Selatan (PLUS).
Papan tanda Smart Lane yang ramai terlepas pandang
Video tersebut memberitahu Smart Lane dapat digunakan sebaik sahaja pengguna dapat melihat papan tanda Smart Lane di tepi jalan.
Pengguna boleh menggunakan sementara laluan kecemasan sebagai laluan Smart Lane sehinggalah papan tanda Smart Lane yang tertulis ‘tamat’ dapat dilihat.
Lihat video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:
Turut baca :
Leave a Reply