Rahsia pulut sedap iaitu perlu masak guna air kelapa muda.
Cara memasaknya juga sangat mudah, hanya perlu menggunakan rice cooker.
Hasilnya, pulut jadi lembut dan sedap. Pulut pun takkan berkerak, senang nak cuci periuk.
Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin dan kelapa parut. Jom cuba!
Resipi Rahsia Pulut Sedap Guna Air Kelapa Muda
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara-cara:
1. Sukat 2 cawan beras pulut.
2. Sukat 2 cawan beras pulut.
3. Masukkan air kelapa. Kalau tiada air kelapa, boleh ganti dengan air biasa sahaja.
4. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalan rice cooker. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ dan siap.
Sedap dimakan dengan kelapa parut dan ikan masin.
Leave a Reply