Rafizi tak ‘gentar’ dikritik umum

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, tidak gentar dengan pandangan umum sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan mengikuti apa disarankan.

Katanya, kenyataan sebelum ini adalah usaha menyuntik lebih keanjalan sebagai satu mekanisme mengawal harga barang, selain langkah di peringkat pembekal iaitu melawan monopoli, menambah bekalan dan kawalan harga.

“Kita juga perlu suntik keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga. Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat.

“Kita mula dengan yang ini, insya-Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna.

“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah, rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta,” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.

Beliau juga mengakui tidak pernah lari daripada perkara kontroversi jika ia mampu menyelesaikan masalah.

“Masa saya bercakap mengenai Azmin Ali tahun 2016, penyokong PH maki. Masa saya cakap PH perlu fokus menang lebih 80 kerusi untuk jadi blok terbesar Mac 2022, semua gelak dekat saya. Soal harga pun sama,” katanya.

Sebelum ini Rafizi berkata, pengguna perlu berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan menjadi lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal.

Beliau berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Turut baca :

Rafizi tak 'gentar' dikritik umum

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*