Rafizi ikrar dedah ‘kepincangan’ kontrak pertahanan RM854 juta melibatkan PM, Zafrul

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membangkitkan semula persoalan berhubung dakwaan campur tangan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam kontrak pertahanan RM854 juta.

Dakwaan mengenai Zafrul dan Ismail campur tangan dalam kontrak – untuk mendapatkan meriam gerak sendiri (SPH) atau ‘howitzer’ untuk tentera – yang dianugerahkan melalui tender secara rundingan terus pertama kali muncul pada pertengahan Ogos, tetapi masih tidak dijawab.

Menurut petikan surat yang didakwa daripada Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertahanan, pihaknya mahu kontrak itu diberikan melalui tender terhad.

Bagaimanapun, surat yang didakwa menyatakan permintaan ini ditolak.

Sebaliknya, ia berkata menteri kewangan telah bersetuju supaya kontrak mendapatkan ‘howitzer’ dan infrastruktur berkaitan diberikan kepada sebuag syarikat dengan harga RM854.3 juta.

Malaysiakini telah menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan maklum balas.

Rafizi dalam kenyataannya, mendedahkan salinan surat Kementerian Kewangan, yang mengandungi butiran lanjut, termasuk wujudnya usaha untuk berunding dengan harga yang lebih rendah, dan Kementerian Pertahanan perlu menjalankan usaha wajar.

Surat Kementerian Kewangan itu didakwa hasil melobi syarikat itu kepada Ismail.

Syarikat itu didakwa telah menghantar surat kepada perdana menteri pada 21 April, meminta smail mempercepatkan keputusan mengenai bidaan perolehan mereka dan ia dilakukan melalui tender terus.

Ismail didakwa telah memberi penjelasan pada surat itu dengan arahan berikut: “YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [……] ambil tindakan segera”.

Rafizi dalam kenyataannya, turut mendedahkan Kementerian Pertahanan kemudiannya menghantar surat kepada syarikat itu pada 25 Julai, meminta mereka mengemukakan tawaran tender selewat-lewatnya 15 Ogos.

Semakan Malaysiakini mendapati syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan tiga syarikat pertahanan dari Turkiye.

‘Howitzer’ yang didakwa dicadangkan untuk perolehan oleh syarikat itu adalah reka bentuk Turki.

Rafizi berkata semakan terhadap rekod syarikat itu menunjukkan ia hanya ditubuhkan pada 2020, menimbulkan persoalan mengenai pengalaman dan kepakaran mereka.

“Siapa di belakang syarikat yang tiada pengalaman ini sehingga perdana menteri sendiri yang memberi arahan agar tender dianugerahkan secara rundingan terus?

“Kenapa kerajaan Umno-PAS- Bersatu terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod?” soalnya.

Dia berikrar untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai projek RM854 juta setiap minggu mulai sekarang.

Malaysiakini sudah menghubungi Kementeri Pertahanan dan Pejabat Perdana Menteri untuk respons.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*